Tuesday, May 26, 2009

selamat hari belia

Tidak dapat dinafikan bahawa peranan dan sumbangan golongan belia dalam pembentukan masyarakat dan negara. Ini kerana, sebahagaimana yang telah saya utarakan sebelum ini, golongan pewaris ini bukan sahaja penting dari segi komposisi dan representatif mereka di dalam populasi nasional, tetapi juga dari aspek ekonomi dan politik di mana dari segi ekonomi golongan belia mewakili 66 peratus daripada populasi produktif atau golongan yang bekerja di negara ini. Dari aspek politiknya pula, golongan pengundi muda dijangka menjangkau lebih daripada 7 juta orang pada Piliharanya Umum ke 13 nanti. Ini semua membuktikan bahawa golongan belia bukan sahaja penting dari segi potensi, malahan juga dari aspek realiti sumbangan terkini mereka samaada berbentuk ekonomi, sosial mahupun politik kepada negara.

Sehubungan dengan itu, para belia perlu sedar bahawa masa muda inilah peluang bagi mereka untuk memanfaatkan usia dan masa dengan sebaik-baiknya sejajar dengan sabda Rasulullahu Alaihi Wasallam yang menasihati seorang lelaki untuk merebut lima perkara sebelum didatangi oleh lima perkara yang lain; iaitu masa muda sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, masa kaya sebelum fakir, masa lapang sebelum kesibukan dan masa hidup sebelum mati.

Jelas dari hadis tersebut, yang bersifat universal dan membawa pengajaran menjangkau batasan agama dan bangsa, golongan belia telah dinasihati untuk memanfaatkan masa dengan betul dan produktif. Oleh itu, para belia hendaklah memanfaatkan usia muda seperti menimba ilmu pengetahuan, bekerja dengan tekun dan keras di bidang masing-masing bagi menyumbang nilai tambah kepada kesejahteraan dan pembangunan negara serta menghindarkan diri dari anasir-anasir negatif dan gejala-gejala yang merosakkan jiwa, minda, dan akhlak seperti terlibat dengan penyalahgunaan dadah, mat rempit, jenayah ragut, 'black metal' dan sebagainya.

Selaras dengan sambutan Hari Belia Negara peringkat kebangsaan yang bakal disambut pada 15 Mei ini, saya menyeru seluruh masyarakat belia untuk bersama-sama kita buktikan bahawa belia Malaysia adalah belia yang berwawasan, bersemangat, berdaya saing dan menjadi aset sebagai pemangkin pembangunan bangsa dan negara.

Selamat Hari Belia.

0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP