Sunday, November 2, 2008

Di Mana Silapnya Kita Bangsa Melayu???


Belumpun reda isu 'Pakar Sejarah' Ketua Wanita Gerakan, timbul pula isu 'outgoing' Liow 'burung' Tiong Lai minta jawatan Timbalan Presiden Kedua BN (macam jawatan kjenglot dalam FAM). Apa motif sebenarnya Liow 'burung' Tiong Lai minta diwujudkan jawatan ini? Adakah ini antara 'grand design' pihak tertentu untuk menghakis pengaruh UMNO dan seterusnya merosakkan BN itu sendiri? Kenapa pula diperkatakan di saat UMNO menghadapi pemilihan? dan kini MCA sekali lagi mendesak mahu menghapuskan syarat pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat senaraian awam...apakah sebenar yang mereka mahukan?????

Sekiranya cadangan ini dilaksanakan, dikhuatiri beberapa perkara boleh berlaku.

1. 'Orang lain' semakin menghampiri jawatan pengerusi BN.

2. Parti-parti komponen lain akan turut membuat permintaan.

3. Maka pasti timbul pula cadangan-cadangan seperti nak digilirkan jawatan timbalan presiden 2 ini

dikalangan parti-parti komponen lain atau nak diwujudkan timbalan presiden 3 pula untuk MIC atau

jawatan timbalan presiden perlu diundi dan sebagainya.

4. Tak mustahil akan melarat sehingga nak dirobak semula pembahagian kerusi PRU.



Perlu diingat, setiap kali BN mengalami 'kejutan' dalam mana-mana PRU, maka faktor Melayu dan UMNO dijadikan alasan utama. Setiap kali itu jugalah orang bukan Melayu memberi tekanan dan meminta diberikan macam-macam (jawatan, kedudukan dalam ekonomi, politik dan sebagainya).

Dan sedarkah kita selama ini Melayu hanya memberi dan bukan meminta. Dan apa yang diberi tak pernah diambil balik.

Sampai bila kita hanya memberi? Adakah sehingga habis semuanya diberi, baru kita nak minta balik? Pernahkah 'pemberian' kita 'dipulangkan'?

Penulis bukanlah ingin menaikkan api perkauman, cuma hendak kita renungkan sejenak perkara seperti ini. Janganlah sudah terhantuk, baru terngadah. Amatlah penting agar perkara seperti ini diperhalusi dan dipertimbangkan dengan semasak-masaknya.

Pada penulis, amalan BN selama ini dah cukup baik. Cuma sikap segelintir pemimpin yang patut diubah, bukannya permuafakatan dan sistem BN.

Dengan apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini, penulis tak dapat lari daripada mengaitkan 'kebetulan-kebetulan' yang kelihatan ada 'kesinambungan',

1. Hindraf buat tuntutan buat kaum india

2. Dap perlekeh ucapan YDP Agong

3. Pkr sokong hindraf

4. Pas sokong pkr/dap

5. MIC minta bebaskan hindraf

6. Ketua wanita gerakan kata Melayu pendatang

7. Liow 'burung' tiong lai minta jawatan timbalan pengerusi BN

8. ???

Semoga pemimpin-pemimpin BN kembali kepada konsep asal BN tanpa menimbulkan isu-isu yang menyentuh sensitiviti mana-mana kaum di negara ini. Penulis juga berharap isu-isu ini dapat ditangani dengan sangat bijak demi memastikan keutuhan dan kekuatan BN akan terus kukuh untuk menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang.

KUALA LUMPUR 28 Okt. — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dengan cadangan MCA supaya kerajaan menghapuskan syarat pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat senaraian awam kerana ini bukan masa yang sesuai dan syarat itu juga belum dicapai sepenuhnya.

“Waktu ini saya tak setuju. Kalau capai 30 peratus bumiputera, 40 bukan bumiputera dan 30 peratus orang asing, kalau capai itu kita boleh mansuhlah.

“Kalau tercapai matlamat ekuiti itu patutlah kita hapuskan (ekuiti pemilikan bumiputera itu). Sekarang belum tercapai... banyak lagi nak kena buat. Kalau (kurangkan) 20 peratus hari ini (dan) tak berkembang, sedangkan ekonomi berkembang, (maka) 20 peratus itu akan kurang, jadi ini semua kena ambil kira,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis rumah terbuka Aidilfitri Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di sini hari ini.

Dr Mahathir, yang juga Yang Dipertua Kebangsaan Perkim, berkata walaupun ekuiti itu boleh diubah, tetapi matlamat pemilikan bumiputera itu perlu dijaga.

- Bernama

0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP