Sunday, November 2, 2008

Pemimpin Perasuah Pemimpin Pemusnah


Pencalonan bagi pelbagai jawatan di dalam UMNO semakin rancak , di penghujung bulan....baik bagi jawatan Timbalan Presiden sehinggalah ke jawatan Ketua Pemuda.

Disinilah jati diri seseorang calon akan terpampar. Adakah mereka akan kekal berprinsip ataupun terjerumus di dalam kancah politik wang.

Disinilah ahli-ahli akar umbi serta para perwakilan perlu memainkan peranan yang TUNTAS.

Para perwakilan sudah pasti akan dilobi oleh agen-agen pelobi. Sudah tentu para perwakilan akan dibuai-buaikan dengan kata -kata manis , pujuk rayu dan mungkin juga wang ratusan mahupun ribuan ringgit.

Apa yang perlu dibuat oleh para perwakilan menghadapi dilema ini, kerana bukan kecil anak wang dan pujuk rayu yang mendatang?


UMNO kini berada di dalam persimpangan antara PULIH dan Kembali Kuat ataupun terus tenggelam di persada politik nasional. Keputusan yang dibuat oleh para perwakilan amat penting dan jika silap perkiraan , pemimpin yang dilantik boleh menjadi pemimpin yang memusnahkan UMNO serta BN.

Sebelum memlilih calon, kita perlu fikir , bukan sahaja kehendak ahli-ahli UMNO, malahan kehendak rakyat Malaysia secara amnya.

Adakah rakyat Malaysia sanggup melihat Khairy Jamaluddin sebagai pemimpin masa depan Malaysia? Adakah pemimpin yang sangat dibenci oleh Rakyat Malaysia ini ahli-ahli UMNO mahu letakkan sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia

Perwakilan perlu berfikir dengan waras...tolak Pemimpin Perasuah..kerana Pemimpin Perasuah merupakan Pemimpin Pemusnah.

Pilihlan pemimpin yang jujur, tegas dan komited di dalam perjuangan dan tidak mempraktikkan RASUAH dalam mendapatkan tempat sebagai pemimpin UMNO!

0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP