Thursday, September 11, 2008

wahai pemuda umno sekalian...

Generasi muda terutamanya Pemuda UMNO mesti difahamkan serta diinsafi dengan evolusi negara, keperitan pahlawan-pahlawan negara dan ideologi asas parti UMNO. Kita dikehendaki untuk menoleh kembali sejarah kepimpinan UMNO.

Ianya wajar selagi kita cintakan kedamaian dan bersyukur dengan segala yang kita nikmati hari ini. Realitinya, sejarah telah membuktikan bahawa kebanyakkan orang Melayu mempunyai keinsafan dan kesedaran perjuangan yang tulin hanya apabila terdesak dan ditekan

Perjuangan bangsa Melayu hanya bersemangat, signifikan dan bersungguh-sungguh apabila telah berlaku sesuatu peristiwa hitam di mana ketuanan dan kerelevanan kekuatan politik bangsa Melayu di cabar oleh ancaman-ancaman luaran atau dalaman.

Ianya seperti peribahasa ‘sudah terhantuk baru tergadah’.

Malah api dan kepanasan semangat perjuangan bangsa Melayu tidak kekal berterusan dibakar dengan marak.

UMNO berjaya hasil kekuatan politiknya, disamping permuafakatan rakan-rakan parti politik lain. Walaubagaimanapun, seperti senario sejarah politik Melayu yang lepas, tempo dan rentak kesatuan dan perjuangan bangsa Melayu kembali reda.

Kali ini ianya malap disebabkan beberapa faktor. Tetapi yang jelas ialah kerana Dasar Ekonomi Baru.

DEB telah berjaya menyediakan satu platfom kukuh membolehkan perlaksanaan Anjakan Paradigma bangsa Melayu melalui perubahan konsepsualisasi budaya mentaliti lama bangsa Melayu kepada masyarakat yang bersaing maju dan moden.

Tetapi di masa perlaksanaan DEB itu, budaya-budaya negatif turut menular di dalam nilai-nilai jati diri sebahagian pemimpin Melayu dan bangsa Melayu.

Saranan di atas terbukti apabila berlaku penularan budaya negatif seperti tamak kuasa dan harta, egocentrisme, fanaticisme dan idolisasi yang semakin tebal dan dianggap neraca terpenting di dalam menentukan arus politik bangsa Melayu sekarang ini.

Politik Melayu menjadi politik yang berteraskan kepopularitian dan bukannya prestasi tulin serta kredibiliti seseorang pemimpin tersebut

Akibatnya, politik bangsa Melayu telah kehilangan kompas perjuangan yang dahulunya bersifat kolektif dan mementingkan Melayu sejagat.

Begitu juga dengan hampir hilangnya nilai-nilai mulia jati diri atau budaya kampung di dalam politik orang Melayu seperti ikhlas, bertolak ansur, tolong-menolong, bermuzakarah, rendah diri, keakraban semulajadi pemimpin dengan rakyat dan sesama rakyat

Maka itulah berlakunya pemfokusan semangat perjuangan politik Melayu sekarang yang bersifat kepentingan sesebuah kelompok, fanatik, sempit dan meidolisasikan individu.

Rentetan sejarah hitam politik Melayu telah membuktikan segalanya.

Realitinya, semua bangsa Melayu, tidak kira menyokong UMNO atau pun pembangkang, tahu bahawa mereka masih mempunyai parti UMNO untuk mempertahankan hak-hak istimewa bangsa Melayu di dalam kerajaan hari.ini.

Dasar Pembangunan Negara masih disediakan untuk menggantikan Dasar Ekonomi Baru.

Oleh kerana itu, rancangan-rancangan mulia untuk menyatukan kembali suara dan kekuatan politik bangsa Melayu sekarang seperti muzakarah di antara parti-parti bangsa Melayu, masih tinggal niat sahaja, tanpa tindakan susulan yang bersungguh-sungguh.

Ianya kerana tidak ada terlihat peristiwa atau kuasa pendesak dan berbisa yang boleh memaksa penyegeraan kompromi, keinsafan tulin dan tolak ansur sesama Melayu.

0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP