Saturday, September 20, 2008

Masa Depan UMNO Bergantung Kepada Pemuda.


Pemuda adalah sayap yang terpenting parti sebagai pemimpin pelapis yang sewajanya membuat persediaan secukupnya dari Segi Ilmu,Kewibawaan,Ketrampilan,Menguasai cara berpolitik di Tanah Air dan Politik Antara Bangsa dengan menggunakan kebijaksaan pemikiran yang bersesuain dengan kehendak Parti dan Negara.

Sebagai pemimpin pelapis perlu diingatkan senorio politik Negara yang berbilang kaum memberi impak yang berbedza dengan pembelajaran sains politik atau pun lain-lain aliran politik di dunia ini.Politik Negara ini adalah amat komplikasi untuk orang baru yang cuba terjun ke alam politik dengan cara mendalam

.Kejayaan sesuatu Parti hanya di ukur semasa Pilihan Raya Umum yang dijalankan setiap lima tahun sekali.Rakyat berbilang kaum akan menentukan kewibawaan parti politik dalam jangka masa tersebut.Bermakna kalau kita hanya menumpukan segala tenaga pada penghujung jalan iaitu semasa kempen pilihanraya ia digelar sebagai memancing undi!.kesannya rakyat akan jauhkan diri dari parti tersebut.

Sentimen perkauman yang digunakan semasa pemilihan jawatan parti Cuma akan membawa padah!.Sentimen perkauman adalah cara yang paling mudah mendapatkan perhatian dan sokongn ahli untuk perolehi kemenangan dan jawatan parti.Tetapi ia akan membawa kesan yang buruk dan imej parti akan tercalar dalam Negara yang berbilang kaum seperti Malaysia. Ingatlah UMNO adalah Jantung Barisan Nasional!.Pada ‘amnya sebarang sikap beremosi keterlaluan,ego,fanatik agama yang tidak menentu akan bawa padah bukan sahaja pada UMNO tetapi pada Parti yang Memerintah Barisan Nasional itu sendiri.

Pemuda juga harus memahami sayap pemuda ini adalah tempat yang memberi tekanan kepada parti induk untuk reform kembali.Pemuda juga mempunyai kesan pengaruh ke atas parti ;dengan itu awaslah terhadap Ahli-ahli politik menggunakan sayap pemuda ini sebagai batu loncatan untuk karier politiknya.

Menghormati yang tua dalam parti dan pelajari dari mereka.Berhentilah dari menjadi alat yang digunakan untuk induvidu tertentu untuk percaturan politiknya.Pada para perwakilan yang memileh untuk Jawatan ketua Pemuda, berfikirlah dengan wajar, Boleh kah yang dipileh ini boleh membawa UMNO kepada mercu kejayaan yang total dalam Pilihan Raya yang Ke- 13 nanti?.Kerana PR-13 adalah penentu untuk UMNO terus Hidup atau pun Mati Layu!.

0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP