Sunday, August 17, 2008

Sedarlah anak-anak Melayu!

Setelah hampir 51 tahun merdeka, kita masih lagi mengharapkan keistimewaan orang melayu. Itulah sebabnya orang Melayu tak sedar diri. Bagi mereka, aku orang Melayu. Ini hak aku tanpa perlu berusaha.
Itulah sebabnya, di mana-mana ada tempat melepak,disko, dadah, gejala sosial di situlah terdapatnya anak-anak melayu membuang masa. Sungguh kasihan saya melihatnya. Kadang kala rasa nak menangis. Pernah saya tanya beberapa orang anak muda yang masih menuntut ini, "Pernah tak kamu fikir masa depan kamu?" Jawapan yang diberi adalah, "Tak apa. Orang Melayu banyak peluang. Kerajaan dah sediakan hak kita." Kalau beginilah keadaannya, Tak ke manalah kita. Masih 51 tahun mundur dari bangsa lain.
Kalau dilihat kepada bangsa lain (TOLONG JANGAN RUJUK MEREKA INI SEBAGAI BANGSA ASING. KERANA MEREKA ADALAH RAKYAT MALAYSIA SEPERTI KAMU SEMUA.), mereka tahu mereka kena bekerja keras untok mencapai sesuatu. Erti kata lain, "nothing is free". Jika anak-anak melayu ini tahu yang mereka kena bersaing dengan bangsa lain, mungkin mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu kejayaan tanpa mengharap hak-hak keistimewaan orang melayu lagi. SEDARRRRRRlah orang melayu sekelian. Sebelum terlambat. Keadaan semakin mencabar. Persaingan untuk maju kehadapan semakin sengit. Jika kita mahu maju seimbang dengan bangsa lain, kita kena jalan seiring dengan mereka. Barulah kita tahu samada kita boleh bersaing dengan mereka atau tidak. Jika kita takut untuk bersama mereka, maknanya kita takut untuk bersaing dengan mereka. Dengan erti kata lain, orang melayu tak sepandai bangsa lain.. Di manakah kita meletak anak-anak melayu ini.

0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP