Sunday, August 17, 2008

majlis peguam biadap!!!

Apakah biadab sangat Majlis Peguam sehingga terus menerus menghina ugama dan bangsa orang melayu?? Tidak cukup kan dengan penghinaan yg orang melayu terima ketika mereka menganjur kan Forum Kontrak Sosial secara terbuka tidak lama dahulu??

Jika dalam Forum Kontrak Sosial mereka terang2 menghina bangsa melayu, minggu hadapan sekali lagi Majlis Peguam akan mengajur kan Forum terbuka tentang 'Peluk Islam' yang sudah tentu berniat untuk mempertikai kan kedudukan ugama islam dalam Perlembagaan Persekutuan terutama peruntukan Artikel 121(1A).

Sepatut nya apa sahaja bentuk forum yang melibat kan hukum-hukum islam, perundangan, sistem dan hak-hak islam yg terkandung dalam perlembagaan hendak lah terlebih dahulu dirujuk kepada pihak berkuasa Islam agar tidak berlaku kekeliruan dan salah tafsir terhadap undang2 Islam!!!

Kita juga mahu menyeru kepada majlis Peguam agar tidak mengguna kan kelebihan mereka dalam berhujah tentang undang2 untuk mengeliru kan rakyat!! Kerana jika ini terjadi sudah tentu akan ada tidak balas dari pihak2 yg tidak berpuas hati!!!

Orang Melayu telah dihentam kiri kanan semata2 kerana menjulang keris dalam perhimpunan orang2 melayu sendiri. Demi untuk menjaga hati kaum2 lain orang melayu telah memohon maaf secara terbuka!!! sedang secara logiknya orang melayu tidak perlu pun berbuat begitu kerana menjulang keris adalah budaya semata2 dan tidak melibat kan sentimen lain!!!

Tetapi bila orang2 melayu dihina, ugama islam dipertikai, mengapa tiada suara -suara yang dulu lantang meminta orang melayu meminta maaf dalam isu keris membuat desakan yang sama terhadap Majlis Peguam???

Apakah bangsa lain sahaja yang perlu dijaga sensitiviti mereka ?? Apakah bangsa melayu ini pula boleh dihina bangsa dan ugama mereka???

Jangan terlalu bermain api wahai majlis peguam!! Sabar orang melayu ada had nya!!!

0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP