Tuesday, August 5, 2008

Ketua Pemuda Umno Bahagian Kota Raja menang tanpa bertanding.

Setelah tiga minggu mesyuarat pemuda umno diperingkat cawangan bahagian diadakan
saudara Nur Azman Anuarul Perai dengan mudah telah menang tanpa bertanding untuk jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian Kota Raja bagi penggal 2008-2011 menggantikan
saudara Mohd Abd Raof Mokhtar. kami yakin dengan sokongan yang padu dari peringkat akar umbi kepimpinan saudara Nur azman Anuarul Perai dapat memperjuangkan hak-hak pemuda melayu dan memartabatkan bangsa melayu yang kini berada di persimpangan supaya kembali kearah pemuda yang cemerlang dipelbagai bidang setanding dengan kaum-kaum yang lain dalam arus global yang kian meruncing seterusnya menjadi suara yang lantang dan terus disegani oleh setiap lapisan masyarakat yang akan datang. Perjuangan mestilah diteruskan walaupun beribu cabaran menanti. Perasaan kecewa tidak sepatutnya ada dalam diri kita. Walaupun kita mungkin dimaki, difitnah tetapi ia tidak akan melemahkan sebuah perjuangan yang suci dan ikhlas kerana yakin perjuangan ini adalah untuk agama dan bangsa. Bagi mereka yang mudah mengaku kalah , politik bukanlah kerjaya yang tepat,. Bak kata pepatah melayu, jangan berumah di tepi pantai jika takut di lambung ombak. Bujur lalu melintang patah. Kita lihat dan menjadi saksi sejauh mana ketahanan anak muda ini membelah badai. akhir sekali marilah kita bersama-sama mendoakan mantan Ketua Pemuda Umno Bahagian Kota Raja Saudara Mohd Abd Raof Mokhtar agar memenangi jawatan Naib Ketua Umno Bahagian Kota Raja di pemilihan yang akan datang.....amin.


TAHNIAH DIUCAPKAN!!!

1 comments:

Anonymous,  August 23, 2008 at 9:48 AM  

TAHNIAH BRO...

About This Blog

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP