Tuesday, May 6, 2008

Siapa layak?

Persoalannya siapa yang harus diberi mandat oleh Pemuda. Beberapa calon telah menggambarkan hasrat untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO. Diantaranya tidak lain dan tidak bukan adalah Mukhriz, Khir Toyo, dan Dato' Zahidi Padang Besar. naib Ketua Pemuda, Khairy masih tidak menyatakan apa-apa hasrat. Tetapi apa yang jelas, hanya 2 orang calon yang mempunyai rangkaian kekuatan didalam Pergerakan Pemuda iaitu Mukhriz dan Khairy.

Pertama sekali kedua-dua mereka pada ketika ini masih menyandang jawatan didalam hierarki Pemuda UMNO, dan keduanya mereka masing-masing mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Perdana Menteri yang telah bersara dan Perdana Menteri yang sedia ada. Khir Toyo adalah calon bidan terjun yang mempunyai luka dan tidak mempunyai rangkaian yang kuat didalam Pergerakan Pemuda. Dan siapa yang tidak kenal dengan Dato' Zahidi Padang Besar, raja bunga silat terhebat dalam sejarah tetapi hanya setakat bunga tanpa sebarang langkah serangan. Dato' Zahidi PadangBesar 3 tahun yang lampau pernah ura-ura mengumumkan akan mencabar jawatan Ketua Pemuda, tetapi hasrat tersebut terus diam tanpa khabar berita.Diantara Mukhriz dan Khairy, siapa yang paling layak? Ini persoalan yang akan terus memburu setiap sanubari Pergerakan Pemuda.

Harus diingat bahawa perwakilan akan membuat pilihan yang paling penting pada Disember ini yang juga akan menentukan masa depan parti bagi menghadapi pilihanraya umum yang ke-13. Pilihanraya umum yang lalu jelas menunjukkan kepada kita kemerosotan sokongan generasi muda semakin ketara. Ianya juga jelas membuktikan bahawa penerjunan kutub utara, festival zapin, dan seluruh pendekatan Pergerakan Pemuda pada sebelum ini gagal memberi impak dan menarik sokongan generasi muda. Pergerakan pemuda harus membuat perubahan dan mampu mencipta "tsunami' yang boleh menterbalikkan selera generasi muda Malaysia yang rata-ratanya tidak lagi sentimental terhadap perjuangan UMNO.

Untuk itu kita perlu melihat kebolehan dan keberanian sebagai factor utama. Mukhriz dikenali sebagai individu yang berani mengkritik dan mendesak Presiden dan kepimpinan UMNO. Manakala Khairy terkenal dengan Agenda Nasional Barunya, Krisis bersama parti komponen, mencabar Anwar ibrahim dan jeneral pada setiap pilihan raya kecil. Persoalannya, siapa yang paling layak.Saya kira Pemuda sememangnya bijaksana untuk membuat penilaian.

Hakikatnya kita memerlukan kepimpinan yang berani, lantang, dan mempunyai pengalaman luas mendepani krisis.

0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP