Tuesday, April 29, 2008

UMNO bukan berniat untuk kurang ajar dengan raja

kami kecewa dengan satu artikel yang telah disiarkan di dalam laman web pembangkang di mana mereka telah menuduh umno mengajar rakyat agar menderhakai raja dan berbohong.Ini adalah satu tuduhan yang amat berat dan tidak benar sama sekali.

Artikel tersebut yang disiarkan di dalam laman HarakahDaily bertarikh 23 Mac 08 bertajuk "Umno ajar rakyat derhakai raja, berbohong".Berikut ialah sedikit-sebanyak tentang kedudukan Raja Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan. Hasil penerimaan sistem raja berperlembagaan, Yang Dipertuan Agong diberi kuasa memerintah Persekutuan tetapi sebagai raja berperlembagaan baginda dikehendaki mengikut nasihat jemaah menteri atau menteri yang diberi kuasa oleh jemaah menteri. Sementara itu akhbar Berita Harian pula menyiarkan berita di mana Datuk Ahmad Said akan berdepan dengan tindakan pemecatan keahlian kerana melanggar arahan Presiden Umno yang ditandatangani Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Rosol Wahid.Antara isi kandungan surat peringatan itu ialah:"Dimaklumkan bahawa perlembagaan parti dengan tegasnya mengingatkan kepada semua ahli parti supaya tidak mengambil langkah yang bertentangan dengan arahan Presiden Parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi."Di bawah Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hanya mempunyai kuasa untuk melantik orang-orang tertentu untuk memegang jawatan-jawatan penting dalam Kerajaan.

1. Yang di-Pertua Negeri di atas nasihat Perdana Menteri selepas dirundingkan dengan Majlis Mesyuarat Kerajaan / Kabinet Negeri. Ini adalah di bawah Perlembagaan Negeri.

2. Peguam Negara di atas nasihat Perdana Menteri. Ini adalah di bawah Perlembagaan 145 (1).

3. Ketua Audit Negara di atas nasihat Perdana Menteri selepas dirundingkan dengan Majlis Raja-Raja di bawah Perlembagaan 105 (1).

4. Ketua Turus Angkatan Bersenjata di atas nasihat Majlis Angkatan Tentera dibawah Perlembagaan 137 (3) (C).

5. Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya/Sabah dan Sarawak di atas nasihat Perdana Menteri dan selepas dirundingkan dengan Majlis Raja-Raja di bawah Perlembagaan 122 (B) (1).

6. Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara di atas nasihat Perdana Menteri selepas dirundingkan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Polis. Ini adalah di bawah Perlembagaan 140 (4) dan (5).

7. Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim-hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim-hakim Mahkamah Tinggi di atas nasihat Perdana Menteri selepas dirundingkan dengan Majlis Raja-Raja. Ini termaktub di bawah Perlembagaan 122B (1).

8. Pengerusi dan Ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di atas nasihat Perdana Menteri selepas dirundingkan dengan Majlis Raja-Raja di bawah Perlembagaan 139 (4).

9. Pengerusi dan Ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan di atas nasihat Perdana Menteri selepas dirundingkan dengan Majlis Raja-Raja. Ini adalah di bawah Perlembagaan 141A (2).

10. Pengerusi dan Ahli-ahli Suruhanjaya Pilihanraya di atas nasihat Perdana Menteri selepas dirundingkan dengan Majlis Raja-Raja di bawah Perlembagaan 114 (1).

11. Ketua Setiausaha Kementerian, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Jabatan dan Timbalan Ketua Jabatan di atas nasihat Perdana Menteri selepas dirundingkan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan. Ini termaktub di bawah Perlembagaan 144 (3) dan (5).Oleh itu, di dalam Perlembagaan Malaysia kuasa Agong tidak termasuk dalam melantik siapa Menteri Besar sesebuah negeri kerana itu adalah di bawah kuasa Perdana Menteri.

Jadi sekarang ini siapa yang menderhakai siapa?Dan siapa pula yang telah melanggar Perlembagaan Negara?

0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP