Tuesday, April 29, 2008

kronologi anwar-cukup bersih?

Pelbagai sebab yang boleh diberi kepada penasihat Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim, mengapa beliau tidak layak menjadi Perdana Menteri.

Anwar tidak henti-henti menghentam UMNO/BN, pelbagai isu cuba di hangatkan oleh Anwar, rasuah, penyalahanguna kuasa, kronisme dan macam-macam lagi tuduhan yang dilemparkan Anwar untuk pemimpin UMNO/BN.


Apa sahaja isu yang cuba disensasikan Anwar, ianya seolah-olah diambil dari pengalaman dirinya sendiri ketika beliau dalam organisasi kerajaan UMNO/BN.

Anwar jangan lupa, pada tahun 1974 Anwar Ibrahim pernah memijak dan membakar bendera Malaysia dan UMNO, perkara ini pernah disuarakan oleh Karpal Singh (kini sahabat baiknya) di Parlimen. Karpal Sigh sendiri berkata bagaimana orang yang pernah membakar bendera Malaysia boleh berdiri sebagai seorang Timbalan Perdana Menteri?

Anwar jangan lupa, dalam kesibukan beliau melemparkan pelbagai tuduhan ke atas kerajaan, beliau harus akur beliau adalah seorang banduan dan pernah merengkok dalam penjara di atas kesalahan salah guna kuasa dan juga rasuah ketika memegang jawatan di dalam kerajaan.

Anwar jangan lupa, ketika berkuasa beliau seakan lupa akan sumpahnya yang berhasrat untuk menggulingkan kerajaan UMNO/BN 10 tahun sebelum beliau menjadi menteri dalam kabinet Malaysia dan Ketua Pemuda UMNO. Anwar hipokrit!

Anwar jangan lupa, Anwar sering berkata Kerajaan UMNO/BN pentingkan diri sendiri, sedangakan beliau sendiri tamak akan kuasa sehingga sanggup menggulingkan Dato Shuhaimi dan Tun Ghaffar Baba dengan cara yang sangat kotor.

Anwar jangan lupa, Anwar begitu ‘becok’ memfitnah kerajaan UMNO/BN merasuah dan menerima rasuah, tetapi ini sebenarnya yang dilakukan Anwar sendiri ketika berkuasa, Anwar mengayakan kroni-kroninya dalam bidang perniagaan, beliau juga melindungi Marina Yusoff bagi menyiapakan bangunan Marinara dengan penyalahanguanaa wang kerajaan.

Anwar jangan lupa, Anwar sanggup melakukan apa sahaja asalkan beliau terus berkuasa ketika melawan Tun Ghaffar Baba bagi menyokong pencalonan Anwar sehingga beliau tergamak merasuah Ketua-Ketua Bahagian UMNO di Sabah dan juga Semenanjung. Terjawab sudah Anwar menggalakan budaya rasuah ketika di dalam UMNO. Anwar perosak bangsa melayu dan UMNO.

Anwar jangan lupa, Anwar cuba menyembunyikan syarikat-syarikat perniagaannya dengan meletakan nama dan juga kroni-kroninya di dalam syarikat tersebut.

Anwar jangan lupa, bagaimana seorang yang tidak fasih berbahasa arab boleh berlagak kononnya boleh menghafal ayat-ayat AL-Quran sehinggakan Anwar sering kali salah mentafsirkan serta melafazkan hadis. Ini perkara yang memalukan dan menjijikkan.

Mengaku sahajalah wahai Anwar yang kamu sebenarnya tamak kuasa dalam perjuangan pollitik kamu.

0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP