Thursday, June 30, 2011

Kerajaan Serah Kepada Polis - Najib

SIPITANG (Sabah): Kerajaan menyerahkan kepada polis bagi menangani perhimpunan haram yang dijadualkan pada 9 Julai ini termasuk mengisytiharkan darurat untuk memastikan ketenteraman awam tidak digugat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, memastikan kedaulatan undang-undang merupakan tugas polis dan terpulang kepada mereka membuat sebarang keputusan.

"Terpulang kepada polis mereka mengikut situasi. Itu tanggungjawab mereka," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pesta Gata 2011 di sini, Khamis sebagai mengulas dakwaan pembangkang bahawa kerajaan mungkin mengisytiharkan darrat bagi menangani perarakan Bersih 2.0.

Dalam pada itu, Perdana Menteri menolak dakwaan bahawa Malaysia semakin tidak demokratik apabila apabila menghalang demonstrasi jalanan.

Kata beliau, proses pilihan raya negara ini dikagumi dan dihormati dunia sebagai yang adil serta bebas dengan pembangkang turut merampas beberap negeri sebagai buktinya pada Pilihan Raya Umum 2008.

Bagaimanapun, Najib menegaskan bahawa kerajaan menunaikan tanggungjawabnya kepada pengundi yang mahukan negara yang selamat dan stabil.

"Perarakan ada kebarangkalian bertukar kepada rusuhan. Sebab itu kita tidak boleh pandang ringan. Ini sukar dikawal dan jika berlaku akan menggugat rakyat dan negara," tambah beliau.

1 comments:

Anonymous,  July 4, 2011 at 6:28 AM  

Salam kepada Pemuda Sri Andalas. PSA nampaknya ketinggalan keretapi, Pemuda Umno khasnya dan rakyat amnya dah lama tak mengakui dan meyokong Khairy Jamaludin. kenapa masih lagi ditakuk lama. walaupun dia masih muda umur tapi kami anggap dia dah kadaluarsa atau luput tarikh.

sekian terima kasih

About This Blog

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP