Wednesday, July 1, 2009

KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU

Hari ini saya amat berbangga dan gembira dengan tindakan Majlis Raja-Raja Melayu didalam mempertahankan kesucian Agama Islam di Malaysia. Semalam berita sms STAR ALERT menyatakan bahawa Raja-Raja Melayu mahu enakmen anutan agama yang diwar-war akan dilaksanakan oleh kerajaan di tunda sehingga mendapat pendangan dari Mufti-mufti seluruh negara.

Amat menyedihkan apabila pihak kerajaan cuba membuat susatu dasar mengenai Islam hanya berlandaskan kepada pandangan menteri-menteri di kabinet.

Siapa menteri-menteri di kabinet yang ada legitimasi untuk mengubal hukum-hakam mengenai Islam lebih-lebih lagi mengenai anutan seseorang individu?

Siapa Nazri Aziz dibandingkan dengan Mufti Perak, yang menyatakan ketidakpuasan hati beliau mengenai keputusan tergesa-gesa kabinet itu?

Siapa Menteri di JPM yang baru diangkat menjaga hal-ehwal agama Islam dibandingkan dengan pandnagan mufti-mufti di Malaysia?

Maka keputusan Majlis Raja-Raja Melayu amat bertepatan sekali dan dijunjung tinggi.

DAULAT Tuanku! DAULAT Tuanku! DAULAT Tuanku!

Tangguh pindaan

KUALA LUMPUR 29 Jun - Majlis Raja-Raja hari ini memutuskan supaya pandangan Majlis Agama Islam Negeri diperoleh terlebih dahulu berhubung cadangan pindaan undang-undang yang berkaitan penukaran agama dan pindaan kepada undang-undang keluarga Islam (Wilayah Persekutuan).

Pada satu mesyuarat khas itu, Majlis Raja-Raja membuat keputusan untuk menangguhkan cadangan pindaan itu, demikian menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan hari ini.

Mesyuarat selama dua setengah jam di Istana Negara itu dipengerusikan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail. Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin turut berangkat ke mesyuarat itu.

Pada 22 April lepas, Kabinet membuat keputusan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka kemudiannya memeluk agama lain.

Kabinet berpendapat penukaran agama tidak boleh dijadikan alasan untuk membubarkan sesuatu perkahwinan secara automatik atau untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap anak-anak.

Jemaah menteri juga bersetuju mana-mana individu yang ingin menukar agama, perlu menyelesaikan semua masalah berkaitan tanggungjawabnya terlebih dulu, bagi mengelak pihak yang tidak bersalah, terutama kanak-kanak menjadi mangsa. - Bernama

0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP