Friday, March 20, 2009

Malaysiakini : Soal Jawab: Semangat setia kawan


Mengapa YB memilih slogan 'setia kawan' bagi persaingan ini.

KJ :-Perkara paling asas dalam perjuangan politik adalah keikhlasan menjaga angkatan dan barisan kita. Setia kawan bermaksud kita pentingkan rakan-rakan bukan hanya diri sendiri. Saya berpegang kepada prinsip perjuangan semangat berpasukan. Jadi apa yang berlaku kepada rakan, akan beri kesan kepada kita.

Jika di medan perang, rakan ditembak, kita juga berasa sakitnya. Kalau rakan menganggur, kita pun rasa susah. Kalau kawan ada masalah, kita pun rasa kebimbangannya. Jadi saya mahu tanamkan dalam hati Pemuda, apa yang paling penting adalah menjaga rakan. Saya tak suka budaya tamak atau pentingkan diri. Setia kawan adalah budaya orang Timur dan Melayu seperti kita menjaga kampung sendiri. Saya tak mahu Pemuda hanya jaga diri sendiri.

Sedari awal berpolitik, saya sering mendengar ungkapan Inggeris - 'In politics there are no permanent friends and permanent enemies.' (Dalam politik, tiada rakan atau musuh yang kekal). Contoh paling jelas Pakatan Rakyat, dulu musuh sekarang kawan. Tetapi untuk kata tiada rakan kekal, saya tidak setuju. Kalau kita pegang pada ungkapan tiada rakan kekal, ia seolah-olah kita tiada prinsip. Kita mesti ada prinsip. Susah senang bersama rakan. Jangan guna perwakilan hanya ketika kempen untuk menang. Dengan slogan setia kawan ini, saya sebenarnya berikrar dan berjanji akan ingat jasa perwakilan selama-lamanya.

0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP