Monday, September 8, 2008

Pas terus tuli terhadap Penghinaan kepada Nabi SAW dan Islam

Jika dahulu orang Melayu akan mempertahankan bangsa dan agama jika ianya di permainkan oleh bangsa asing. Pas pula akan lantang sekali memprotes sekiranya Islam di perkotak-katikkan oleh bangsa asing tetapi segalanya kini berbeza, Bangsa Melayu pula yang mengutuk bangsanya jika mempertahankan hak Melayu.

Hari ini Ketua Dewan Pemuda Pas Saudara Sallehuddin membisu seribu kata dan seolah -olah Dewan Pemuda Pas kini tidak punya suara lagi . Sallehuddin Ayub memekakkan telinga dan membisukan mulutnya apabila Raja Petra menghina Nabi dan Islam. Alasan akan di cari untuk menyelamatkan Raja Petra yang telah terang-terangan menghina Islam dan Nabi. Hebat Anwar , mungkin terlalu banyak duit yang telah disumbat kemulut mereka ini hingga ulamak Pas menjadi bisu dan tuli

Empat badan agama Islam telah membuat aduan polis mengenai Raja Petra dalam tulisan di blognya yang bertajuk “I Promise to be a Good, Non-hypocritical Muslim” .Badan - badan berkenaan ialah JAKIM , YADIM , MAIWP dan JAWI.

Raja Petra yang sebelum ini pernah keluar dari Islam dan katanya kembali semula ke Islam dan mempunyai seorang isteri yang berbangsa China bukan sekali menghina Islam malahan bagi beliau Islam bukanlah sebuah agama yang beliau hormati, Oleh kerana Raja Petra adalah jentera dan lidah yang di gunakan oleh pemimpin yang bercita-cita tinggi yang mahu menjadi Perdana Menteri pada 16 Sept ini.Raja Petra disanjungi dan di agung-agungkan oleh pemimpin mereka. Apa saja yang Raja Petra katakan akan terus dipercayai oleh mereka.-kpmu

0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP