Monday, September 15, 2008

Surat YB Dato' Mukhriz

YANG DIHORMATI KETUA-KETUA CAWANGAN UMNO

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera

PER: USUL MESYUARAT CAWANGAN UMNO

Di doakan semoga Yang Dihormati Ketua- Ketua Cawangan UMNO dan seluruh warga Cawangan berada dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. Saya memohon perhatian Yang Dihormati Ketua-Ketua Cawangan UMNO kepada cadangan yang ingin saya kemukakan untuk pertimbangan pihak Tuan dan Cawangan-Cawangan UMNO.

Seperti yang kita sedia maklum, musim mesyuarat Cawangan dan semua Cawangan- cawangan sayap parti bermula pada 17hb Julai ini. Dalam keadaan di mana parti yang kita sayangi ini telah dikejutkan dengan keputusan Pilihan Raya Umum baru-baru ini, sudah pasti Pemilihan yang bakal kita lalui ini akan menentukan timbul mahupun tenggelamnya UMNO.

Sokongan terhadap UMNO dan Barisan Nasional yang telah merosot kebelakangan ini, seperti yang telah terbukti dengan prestasi PRU-12 yang mengecewakan telah menyedarkan kita bahawa suara ahli akar umbi wajib di dengar dan diambil kira. Malangnya, walaupun UMNO adalah parti politik dengan bilangan keahlian yang terbesar di dalam negara kita, hanya lebih kurang 2500 orang perwakilan yang menghadiri Perhimpunan Agung UMNO sahaja yang akan memilih Presiden parti dan juga seluruh barisan kepimpinan UMNO di peringkat tertinggi. Lebih malang lagi apabila berlakunya gejala rasuah politik di dalam pemilihan UMNO seperti yang telah berlaku di dalam pemilihan- pemilihan sebelum ini sehingga merosakkan kredibiliti UMNO itu sendiri. Mungkin sudah tiba masanya kini, hak untuk memilih kepimpinan teringgi parti harus bermula dari peringkat cawangan lagi.

UMNO sudah berada persimpangan ketika ini. Sudah tiba masanya ahli-ahli UMNO secara keseluruhannya menuntut hak untuk memilih pemimpin tertinggi parti. Sudah sampai ketikanya untuk kehendak rakyat, khususnya kaum Melayu, dizahirkan di dalam pemilihan parti kali ini melalui ahli-ahli UMNO diperingkat Cawangan.

Atas sebab-sebab berikut, saya dengan rasa amat rendah diri ingin mencadangkan agar Mesyuarat Cawangan-cawangan UMNO di seluruh negara mengusulkan senarai nama-nama untuk dicalonkan bagi setiap jawatan tertinggi parti dari Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, dan kalau boleh termasuklah Ahli- ahli Majlis Tertinggi UMNO untuk pertimbangan Mesyuarat Bahagian. Dengan cara ini, kita dapat :

1. memperkasakan dan memanfaatkan mesyuarat Cawangan kerana ahli-ahli yang hadir mesyuarat dapat turut terlibat dalam pemilihan pucuk pimpinan, sekaligus membantu mencukupkan korum mesyuarat

2. menunjukkan sokongan ahli-ahli akar umbi terhadap kepimpinan yang bakal dipilih

3. mendekatkan pemimpin dengan ahli-ahli akar umbi

4. menghindar dari berleluasanya gejala rasuah politik
Saya lampirkan cadangan format usul yang dimaksudkan untuk kegunaan Tuan di mesyuarat Cawangan nanti. Diharapkan cadangan saya ini dapat diterima baik oleh pihak Tuan dan Cawangan yang Tuan terajui. Dengan cadangan ikhlas ini, diharapkan kekuatan UMNO di semua peringkat dapat digarap kembali demi perjuangan parti iaitu untuk Menegakkan Syiar Islam, Memartabatkan Bangsa Melayu, dan Memajukan Tanahair tercinta, Insya'Allah.

Salam hormat.
Yang ikhlas,
YB Dato' Mukhriz Mahathir

5 comments:

Anonymous,  September 12, 2008 at 10:36 PM  

Mukhriz nk buat pembaharuan? layak ke? setakat jadi proksi bapak tak payah nak sembang la... Bapak si Mukhriz tu la yang banyak habiskan duit negara sebelum ni...

Wahai Pemuda Sri Andalas, barape banyak Mukhriz bagi korang duit? Boleh la buat stok ganja banyak-banyak... Habis menceng layan blog la pulak.

Korang sepatutnya berhenti jadi ahli UMNO lg baik...

Ahli UMNO sepatutnya mempertahankan pemimpin mereka (Perdana Menteri), bukannya menentang... mungkin korang ni sekolah tak tamat kot...

Anonymous,  September 14, 2008 at 11:56 AM  

hidup mukriz!!!!

Anonymous,  September 14, 2008 at 3:04 PM  

hari ini kita dapat rasakan gelombang politik yg amat besar dalam parti umno........dan kepimpinan yg amat longar boleh menakibatkan parti yg kita sanjungi ini akan terkubur begitu saja tanpa nakhoda yg pandai melawan ombak.......... Disini sy sebagai ahli umno yg sayangkan parti keramat ini menyeru agar-perahlihan kuasa dapat dipercepatkan demi menyelamatkan org melayu yg semakin hilang punca dan arah dengan kepimpanan yg memberi segala kuasa kepada menantu yg x ubah seperti harimau kelaparan.........sebagai pemuda umno yg bijak kita mestiilah memilih calon ketua pemuda malaysia yg x mementingkan jawatan dalam kerajaan dengan ini marilah kita menyokong kepimpinan sdr dato mukhriz untuk perubahan demi bangsa,agama dan negara"BERANI BERUBAH"idop mukhriz....

Anonymous,  September 15, 2008 at 9:43 AM  

hidup mukhriz!!! hidup fifi!!

Anonymous,  September 16, 2008 at 11:49 AM  

Sebagai Pemuda Umno yg menjadi sayap kanan kepada Umno sepatutnya menjadi barisan pertahanan untuk nenangkis segala serangan daripada pihak lawan.

Sepatutnya akan berada dihadapan apabila Umno khususnya pemimpin mereka (PM) ada pihak yang cuba menjatuhkan, tetapi apa yang dilihat berlaku sebaliknya.

Oleh itu, apa yang dilakukan Sdr. Mukhriz sebenarnya adalah sebagai pembelot dan pengkhianat kepada parti.

Ini membuktikan bahawa beliau tidak ikhlas dalam perjuangan parti beliau sendiri, serta menunjukkan hanya untuk politik diri sendiri dan cuba menutup kesilapan serta kelemahan ayahnya yg pernah mentadbir negara tetapi ditolak oleh rakyat sebelum ini.

Walaubagaimanapun saya bersimpati kepada semua pemuda SriAndalas yg tidak tahu memilih, mungkin masih tidak matang berpolitik. Tetapi mungkin ketika ini sukar untuk anda membuat pilihan kerana kepala telah diisi dengan marijuana....

About This Blog

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP