Friday, September 5, 2008

Surat Penyokong Hindraf Hina dan Keji Melayu dan Islam?

Surat ini agak menarik dan hanya Kakitangan Hulu Langat Bangi yang boleh mengesahkan. Gaya penulisan surat ini seakan-akan penulis benar-benar marah dengan orang Melayu Islam. Ada ura-ura yang mengatakan bahawa tuan punya nama dalam surat tersebut menafikan menulis surat tersebut setelah menerima banyak ugutan apabila surat ini tersebar luas di Internet.
Adakah penulis surat ini mula-mula tidak sangka bahawa surat ini akan tersebar meluas di Internet? Adakah tujuan asal mereka menulis surat ini adalah kerana marah dengan kakitangan di Pejabat Tanah Hulu Langat? Mereka tentu tidak menyangka bahawa ianya akan tersiar di Internet dan menimbulkan kemarahan orang Melayu dan islam? Adakah selepas mendapat ugutan, mereka cepat-cepat menafikan? Hanya kakitangan pejabat tanah berkenaan yang dapat menceritakan kisah sebenar kerana sudah tentu mereka pernah berurusan dengan kedua-dua penulis surat ini. Hanya kakitangan pejabat tanah tersebut yang pernah melihat kedua-dua ini marah dan mengamuk di pejabat.
Jadi, kita semua kena tunggu kenyataan daripada pejabat tanah berkenaan sekiranya mereka pernah menerima surat ini dan samaada kedua-dua penulis surat ini pernah berurusan di pejabat mereka. Adakah sejak akhir-akhir ini kedua-dua penulis ini pernah memarahi kakitangan pejabat berkenaan, jika terdapat penyataan rasmi daripada pejabat tanah, maka surat ini memang sah telah dihantar tetapi dinafikan kemudiannya.
Dengan bahasa dalam surat ini dan penghinaan kepada Melayu dan Islam, saya rasa tidak ada orang Islam/Melayu yang waras akan menulis surat seperti ini. Hanya orang bukan Islam yang betul-betul bencikan Melayu dan Islam yang akan sanggup menghina dan mengkeji seperti ini. Dan ciri-ciri seperti ini ada di kalangan pengikut Hindraf yang kental.

click pada surat untuk lebih jelas




di petik dari pembelamelayu

0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP