Thursday, September 18, 2008

Pandangan utk KJ...



Saya memilih untuk tidak terlalu emosional dalam perkara ini. Saya terpanggil untuk memberi komen berkaitan dengan pengumuman khairy untuk bertanding jawatan ketua pemuda UMNO Malaysia. Umum mengetahui bahawa khairy ialah naib ketua pemuda UMNO Malaysia

Benar, mengikut hierarki parti, seharusnya khairy layak untuk bertanding...

Namun begitu, mengambil kira fenomena semasa dalam UMNO khasnnya, maka tidaklah wajar khairy untuk bertanding. Bukan sahaja untuk jawatan ketua pemuda, malah untuk jawatan apapun dalam pemuda UMNO.

Bukannya untuk menidakkan kebolehan yang ada pada khairy, namun tidak dapat tidak kita kena akui bahawa pergolakan dalam UMNO telah tercetus sejak khairy menang tanpa bertanding jawatan naib ketua pemuda UMNO.

Perkara ini sedikit sebanyak menimbulkan kontroversi dan rasa tidak puas hati di kalangan ahli-ahli pemuda UMNO sendiri. Tidak pernah dalam sejarah pemuda UMNO, pemenang jawatan dalam pemilihan (samada bertanding atau tidak) di'boo' dalam perhimpunan agung UMNO.

Selalunya dendam dan ketidakpuasan hati dalam perhimpunan agung UMNO tidak berpanjangan. Pemuda UMNO, suka atau tidak, akan bergabung dan bersatu hati dalam menghadapi cabaran dari luar parti.

Tapi tidak dalam kes khairy. Perasaan tidak puas hati terus membuak dengan campur tangan khairy dalam pentadbiran kerajaan dan parti. Keadaan ini tidak hanya berlaku dalam pemuda, malah ketua-ketua bahagian turut tidak berpuas hati dengan tindak tanduk khairy ini.

Namun perasaan ini tak dapat dizahirkan secara terbuka kerana takut akan pengaruh khairy ke atas pak lah. Maka perasaan ini bertukar menjadi api yang semakin marak dari sehari ke sehari. Api kemarahan ini menyebabkan ramai di kalangan ahli UMNO yang tidak langsung mempertahankan serangan-serangan pembangkang terhadap pak lah dan UMNO sendiri.

Serangan-serangan pembangkang yang tidak langsung dipertahankan ini secara tidak langsung 'memakan' pemikiran ahli-ahli UMNO dan rakyat keseluruhannya. Maka akibatnya UMNO dan BN 'tersungkur' dan ditolak oleh rakyat semasa PRU12 dan pilihanraya kecil permatang pauh. Apa jadi kepada BN Kelantan setelah khairy diberi 'mandat' mengetuai pemuda dalam PRU12? Rakyat Kelantan tidak menolak BN, tetapi jelak dengan tingkah laku khairy menyebabkan beberapa kawasan yang sepatutnya BN menang telah kalah.

Perlu diingat, seperti kata khairy sebentar tadi, ketua pemuda UMNO adalah ketua pemuda BN. Dapatkah pemuda BN yang lain menerima khairy yang jelas ditolak oleh rakyat? Dapatkah diwujudkan satu perikatan yang kuat dalam pemuda BN sekiranya khairy menjadi ketua pemuda?

Lebih-lebih lagi, dapatkah rakyat terutamanya kalangan orang muda mendekati UMNO dan BN sekiranya pemuda parti berketuakan khairy? Adakah mungkin khairy diterima oleh rakyat sedangkan di Rembau sendiri khairy kehilangan 11 ribu undi dalam PRU12?

Kita harus insaf dan sedar, ketua pemuda yang hendak dipilih mestilah seseorang yang dapat diterima baik oleh rakyat keseluruhannya, yang tidak terlibat dalam sebarang salah laku supaya imej dan maruah parti dapat dipulihkan semula.

Oleh itu, saya menyeru supaya khairy tidak meneruskan hasrat untuk bertanding demi keutuhan parti. Tunggulah hingga pak lah turun sebelum memegang apa-apa jawatan dalam UMNO. Khidmat khairy bukannya tak perlu, tapi masa dan keadaan sangat tidak sesuai. Lebih molek kiranya khairy 'berehat' sebentar, sekurang-kurangnya sehingga pak lah turun, supaya UMNO dan BN kekal relevan di hati ahli-ahli dan rakyat.

Diharap perwakilan-perwakilan pemuda nanti dapat mengenepikan kepentingan peribadi demi agama, bangsa dan negara. Semoga perjuangan kita kali ini bebas daripada politik wang supaya mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah SWT. Wassalam.

0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP