Wednesday, September 17, 2008

Najib: Bakal PM atau bakal BEKAS TPM

Senario yang berlaku hari ini , terbit dari GUNDAH GULANA Pak Lah dan punahsihat-punahsihatnya akan KEBARANGKALIAN Najib akan mengumumkan menentang PEralihan Kuasa 2010.

Mereka sedia maklum, jika Najib mengumumkan menentang Peralihan Kuasa 2010 dan bersedia menerima pencalonan, kebarangkalian amat tinggi Pak Lah tidak akan melepasi syarat pencalonan sebanyak 58 pencalonan untuk layak mempertahankan jawatan Presiden UMNO.



Untuk itu punahsihat-punahsihat Pak Lah berhempas pulas memikirkan cara untuk memerangkap Najib, maka terbitlah pertukaran portfolio menteri antara PM dan TPM kononnya untuk menyesuaikan Najib dengan tugasan-tugasan sebagai seorang PM.



JIka Pak Lah ikhlas...mungkin sahaja beliau akan memberi Najib portfolio Menteri Kewangan dan beliau hanya kekal sebagai Perdana Menteri.


Kerana tiadanya sifat ikhlas , maka diberinya NAjib satu portfolio dan ditarik portfolio lainnya yang tidak kurang pentingnya dizaman kegawatan politik ini.


Semua sudah sedia maklum, EKONOMI Malaysia sudah tenat, dan pada bulan-bulan mendatang dengan keadaan ekonomi global yang merudum, hanya Allah sahaja tahu apa akan berlaku terhadap Ekonomi Malaysia. Cara mudah, Pak Lah yang telah merosakkan struktur ekonomi Malaysia , CUCI TANGAN dan lepaskan segala beban kepada Najib.


Maka segala apa yang berlaku seterusnya terhadap ekonomi Malaysia dapatlah Pak Lah lepaskan segala kesalahan terhadap Najib.


Pak Lah berkata Pelan Peralihan Kuasa 2010 mungkin dipercepatkan dengan syarat Najib menunjukkan prestasi yang membanggakan mengurusi Kementerian Kewangan.


Apa akan berlaku jika ekonomi Malaysia merudum?


Pandangan saya, Pak Lah hanya mahu mengikat Najib sampai PAU 2008. Selepas PAU 2008, dengan termaktubnya beliau sebagai Presiden UMNO untuk penggal 2008-2010, maka beliau sudah tidak memerlukan Najib lagi......dan Najib sudah tidak mempunyai sebarang paltform untuk menentang beliau.


Saya amat yakin jika NAJIB gagal menggunakan PAU 2008 ini untuk menentang Pak Lah secara demokrasi, selepas PAU 2008 beliau akan menjadi bekas PM dan BEKAS Tim Perdana Menteri Malaysia.


Diharap Najib dapat fikir-fikirkan.......

3 comments:

Anonymous,  September 17, 2008 at 9:50 AM  

ALTANTUYA.!!!! ALTANTUYA.!!!! ALTANTUYA.!!!! ALTANTUYA.!!!! ALTANTUYA.!!!! ALTANTUYA.!!!!

Anonymous,  September 18, 2008 at 3:19 AM  

Bursa saham jatuh hari ni ke paras paling rendah selepas pengumuman Najib Altantuya menjadi menteri kewangan.

Najib Altantuya jaga lubang pantan boleh la...

About This Blog

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP